Tuesday, July 3, 2007

Antara hotel halal dan tak halal

Antara hotel halal dan tak halal


Kawan terkejut besar membaca laporan mengenai hanya tiga hotel di Selangor yang mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama.


Badan tak berapa nak sedap apabila mengenangkan berapa banyak Kawan dah cekik di hotel-hotel seluruh Selangor.


Hanya hotel-hotel Blue Wave dan Concorde di Shah Alam serta Dayang di Petaling Jaya yang telah mendapat pengiktirafan tersebut daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kata Pengarahnya, Datuk Mohamad Khusrin Munawi dalam satu majlis Jumaat.


Berapa banyak hotel yang ada di Selangor da…… termasuk beberapa buah yang dimiliki kerajaan negeri Selangor sendiri. Apa macam boleh jadi begini, Kawan terus naik bingung memikirkannya.


Terbayang masakan yang enak-enak. Beratus-ratus kilogram banyaknya yang kita telah telan… Tadi perut Kawan dah nyanyi lagu keroncong, tetapi sekarang dia mogok, tak mahu terima apa-apa walaupun Kawan berada di rumah yang makanannya dah pasti halal.


Menung punya menung, teringat seorang kawan yang menjadi Pengurus Besar sebuah hotel hebat di Selangor.


“Jangan paniklah sahabat, makanan di hotel kami semua halal. Mailah tengok, sijil halal semua ada,” katanya yang menambah kebingungan Kawan.


Kawan terus jerit kat dia, kalau makanan halal, apa yang tak halal.


“Hotel ini je yang tak halal, sebab kami masih menjual arak,’’ begitu kawan berkenaan bagi penjelasan. Kawan tekan berek sedikit bila dengar gitu.


Ikut cakap dia lagi, bukan di Selangor sahaja, hampir semua hotel di Malaysia tidak mempunyai sijil status halal semata-mata kerana masalah teknikal.


Katanya, pihak berkuasa agama tidak akan mengeluarkan sijil berkenaan selagi hotel masih menjual minuman keras dan apa-apa juga termasuk kegiatan yang tidak halal.


Bagaimanapun, bahan-bahan makanan memiliki sijil halal yang sah kerana dipantau oleh pihak berkuasa agama termasuklah dari segi penyembelihan dan sebagainya.


Lega….. rasanya.


Baru nak tarik nafas lega, kawan berkenaan memberitahu masih ada hotel-hotel terkemuka di ibu negara yang menghidangkan daging babi di restoran-restorannya.


Alahai… sebu balik perut yang nyanyi lagu keroncong tadi.


Kawan: Rajin bertanya..tak sesat jalan

Sudah Kah Anda Bersedia

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!

Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
...

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan

berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan

sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak

Memartabatkan semula usahawan Melayu

Memartabatkan semula usahawan Melayu

Analisis Isu
" Kemenangan Syed Ali Alattas ke atas mantan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia(DPMM), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin seolah-olah memberi roh baru kepada badan nombor satu usahawan Melayu ini.


Syed Ali menang dengan meraih undi sebanyak 117 berbanding Abdul Rahman sebanyak 92 sahaja. Beliau telah dicalonkan untuk bertanding jawatan presiden oleh dewan perniagaan negeri Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Johor, Sabah dan Perlis.


Sudah sampai masanya DPMM membina tiang baru bagi menggantikan tiang berkarat peninggalan Abdul Rahman. Ketika orang Melayu berada dalam kemelut ekonomi yang parah akibat kenaikan kos hidup, gaji pekerja yang daif dan tekanan ekonomi daripada orang bukan Melayu melalui beberapa isu seperti kegagalan Dasar Ekonomi Baru(DEB), isu polisi Maybank yang ditekan hebat oleh MCA serta statistik kontroversi ASLI, DPMM hanya tinggal dewan. Orang di dalamnya boleh diertikan seperti mayat hidup.



Mana tidaknya, kegagalan DPMM sewaktu Abdul Rahman memegang tampuk pemerintahan telah meletakkan badan utama usahawan Melayu ini ditakuk 'hidup segan mati tak mahu'. Fungsinya sebagai pendokong usahawan Melayu seperti 'melepaskan batuk di tangga'.


Berbanding dengan Dewan Perniagaan Cina yang senantiasa membantu orang Cina dalam melancarkan perniagaan mereka, DPMM telah lama terpesong jauh dari matlamat asalnya mengakibatkan Majlis Tertinggi UMNO terpaksa mewujudkan Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) bagi menyelamatkan orang Melayu daripada terhimpit teruk dalam persaingan ekonomi dengan orang bukan Melayu.



Dewan tidak bantu usahawan Melayu.


99% ahli DPMM merupakan usahawan kecil Melayu yang memerlukan bimbingan dan masa untuk berjaya. Dalam wawancara akhbar Siasah, Syed Ali sendiri melahirkan rasa kekecewaan beliau atas kegagalan DPMM membantu usahawan Melayu. Beliau menegaskan kepimpinan DPMM sebelum ini tidak memahami peranan DPMM dan kebanyakkan daripada pemimpin DPMM tidak komited kerana sibuk dengan syarikat-syarikat besar sehinggakan tanggungjawab terhadap DPMM terabai. Yang rugi disini tidak lain tidak bukan usahawan Melayu yang masih mentah dalam dunia keusahawan.

Syed Ali turut mengaskan pemimpin dewan nombor satu tidak boleh ada (kepentingan individu) dalam mengemudi DPMM kerana organisasi ini perlu berkhidmat atas dasar membantu umat Melayu Islam dan bukan menikmati kemudahan kewangan atas jawatan yang disandang tersebut. Dalam bahasa kasarnya salah guna kuasa.


Muhasabah nasib bangsa yang malang

14 tahun lagi sebelum 2020. Tempoh itu bukanlah lama untuk umat Melayu Islam sedar dan perbaiki nasib bangsa sendiri. Dalam menongkah arus globalisasi yang senantiasa diselaputi dengan tipu muslihat kuasa-kuasa besar, adakah bangsa kita mampu melawan arus tersebut? Lebih malang apabila amanah yang sangat penting seperti DPMM ini disia-siakan begitu sahaja oleh si pemegang amanah.


Dimana silap kita? Dasar apa lagi yang kita perlu gubal untuk melindungi anak bangsa kita dari terjerumus ke dalam jurang ekonomi yang semakin besar dan dalam. Nabi sendiri telah mengajar kita bahawan 9/10 punca rezeki itu daripada perniagaan. Tetapi, kalau pimpinan kita sendiri 'membunuh' punca rezeki itu dengan menatang syarikat gergasi seperti Carrefour dan Tesco lebih daripada usahawan kecil Melayu yang baru bertatih atas dasar menggalakkan pelaburan asing, orang Melayu nak bersaing macam mana? Dalam keghairahan kita menurut telunjuk ekonomi kapitalis nasib bangsa sendiri tergadai. Lebih sedih lagi, walaupun rakyat marhain ini tertindas mereka hanya mampu merintih nasib. Tidak ada suara-suara keras dalam mempertahankan hak mereka.


Sememangnya kita sepatutnya risau akan situasi sebegini. Kita bukan bercakap untuk mencipta kekayaan sementara seperti Multi Level Marketing (MLM) tetapi kita sedang bercakap tentang surival umat Melayu dalam sektor ekonomi. Biarpun ketuanan politik dimiliki Melayu, tanpa dasar ekonomi yang kukuh umat Melayu Islam bakal merempat di bumi sendiri.


Moga-moga DPMM dibawah Syed Ali Alattas ini dapat mengemudi usahawan Melayu Islam ke mercu kejayaan diatas prinsip keadilan dan ketelusan.

Berfikir! Jangan Jadi Robot

Berfikir! Jangan Jadi Robot


Ramai manusia yang mampu berfikir, tetapi lebih ramai lagi yang tidak pandai mengatur pemikirannya. Insya Allah, motivasi kali ini, saya sajikan kepada anda tajuk ini kerana kelemahan manusia seluruh dunia hari ini dari sudut pemikiran. Contoh yang boleh kita bandingkan ialah, cara mengira zaman dahulu sangat berbeza dengan cara pengiraan zaman sekarang.


Mungkin dunia hari ini boleh dikatakan canggih, tetapi kebanyakannya sudah mengalami tabiat malas berfikir kerana segala-galanya sudah di“komputer" kan . Tabiat buruk ini semakin menular dan tersebar di dalam pemikiran-pemikiran manusia sehinggalah satu hari nanti dunia ini diperintah oleh robot!


Kenapakah manusia malas berfikir?


Kecanggihan teknologi yang memudahkan


Kita tidak menafikan bahawa dunia hari ini sudah mengalami kemajuan dari sudut teknologi. Hampir semua teknologi benar-benar memberi kemudahan kepada manusia sehingga manusia hari ini tidak perlu bersusah payah untuk berfikir sehingga “botak” kepala.



Contohnya sistem buku daftar yang semakin “dicanggihkan” dengan kewujudan perisian-perisian Komputer seperti Microsoft Office Access. Semua proses dan fail pendaftaran hanya disimpan di dalam Hard Disk yang mudah dibawa kemana-mana. Berbeza dengan sistem pendaftaran zaman dahulu yang memerlukan kepada fail yang bertimbun-timbun!



Dunia boleh dijelajahi dengan hujung jari


Sepertimana yang kita telah ketahui, kemudahan Internet yang semakin menjadi keperluan manusia hari ini, mampu membuatkan seseorang itu mampu berhubung, mencari maklumat, statistik dan sebagainya. Sangat mudah! Sehingga hendak tempah barang pun hanya perlu mengklik pada tetikus!



Kalau dahulu, sekiranya seseorang itu ingin membuat kajian tentang sesuatu, dia memerlukan kepada kos yang tinggi untuk menjelajah dan memerhatikan sendiri dengan matanya. Tetapi dengan kemudahan Internet, segalanya sudah terisi di dalamnya. Semua maklumat seluruh dunia sudah berada di hadapan mata anda tanpa perlu keluar dari bilik untuk membuat kajian!



Otak manusia dicemari dengan perkara-perkara tidak berguna


Sebab yang ketiga ini adalah punca utama di dalam menjawab persoalan tentang sebab berlakunya kemalasan berfikir. Serangan-serangan pemikiran yang semakin menular di kalangan remaja mampu menjadikan mereka malas berfikir dan hanya bergantung kepada kepuasan hidup semata-mata!



Kita boleh lihat sendiri pada kebanyakan remaja-remaja yang terpengaruh dengan gejala kurang sihat, biasanya mengelami kemerosotan pelajaran. Mereka hanya ingin memastikan kehendak mereka tercapai walaupun terpaksa melakukan kejahatan sekalipun.



Contoh yang lain ialah budaya kuning yang semakin mendapat sambutan hangat di kalangan remaja kita. Lihatlah satu hari nanti remaja-remaja ini akan menjadi “bodoh” kerana kemalasan mereka untuk berfikir. Mereka hanya perlu memastikan kepuasan yang dirasai setiap hari. Bukankah perkara ini menjadikan manusia seolah-olah binatang?


Sekiranya kita lihat masyarakat Malaysia yang semakin dihidang dengan hiburan dan nyanyian yang melalaikan, kita dapat lihat bahawa di sana terdapat satu racun yang menyebabkan otak mereka kurang digunakan untuk berfikir kerana sudah mendapat kepuasan. Lama kelamaan, habislah masyarakat Malaysia , semuanya bodoh-bodoh belaka!


.\

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya, namun anda sendiri memiliki akal untuk berfikir. Berfikirlah bagaimana saya boleh mengeluarkan pandangan ini. Inilah kepentingan berfikir! Gunakanlah akal anda untuk berfikir. Lebih elok gila, sekiranya tidak mahu berfikir kononnya “menyusahkan otak”.



Allah SWT memberikan kelebihan kepada manusia dengan akal fikiran yang membezakannya dengan binatang-binatang. Sekiranya kita perhatikan kehidupan haiwan-haiwan, kita akan menemui persamaan dengan manusia yang tergila-gilakan nyanyian atau hiburan yang berlebihan. Bukan ini sahaja, ia termasuk jugalah mereka yang sanggup mengorbankan umur mereka dengan permainan-permainan komputer yang tidak membawa faedah.



Walaubagaimanapun, akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita haruslah digunakan. Jangalah kita dirobotkan atau dihambakan dengan kepuasan nafsu kebinatangan semata-mata. Manusia yang banyak membuat dosa dan maksiat adalah mereka yang jarang berfikir! Otak mereka hanya ditempatkan di lutut!



Sebarang kritikan daripada anda saya terima, asalkan anda mengkritiknya dengan menggunakan akal fikiran anda. Biasanya manusia mengkritik menggunakan nafsu, langsung tidak menggunakan akal. Tetapi saya harap sebarang kritikan haruslah menggunakan akal.



Banyakkan berfikir, anda akan menemui jawapan segala kekeliruan, penyelesaian segala permasalahan dan kemudahan segala kepayahan. Berfikirlah.

Monday, July 2, 2007

Keharmonian Sains Dan Keimanan

Keharmonian Sains Dan Keimanan

Oleh: Mohamad Nasir bin Othman

Pendahuluan

Secara mudahnya sains boleh ditakrifkan sebagai kajian terhadap alam tabie. Pengamatan terhadap alam tabie membolehkan manusia memahami hukum-hukum yang menguasai setiap kejadian dan feneomena di alam ini. Sains barat telah memberikan satu sumbangan yang besar terhadap kemanusiaan apabila mencipta satu disiplin kajian yang berasaskan kepada prinsip emperikal. Semua feneomena yang kompleks dipecahkan kepada unit-unit kecil bagi membolehkan satu hipotesis dikemukakan.

Hipotesis itu kemudiannya diuji di dalam makmal dengan menggunakan kaedah dan peralatan saintifik. Hasilnya adalah satu dapatan yang dapat dipertahankan melalui logika dan bukti eksperimen. Penemuan hukum gerakan oleh Newton telah menjadi titik tolak kepada penciptaan kereta dan alatan mekanik yang lain. Marie Curie telah menemui bahan radioaktif yang membuka jalan kepada dunia atom.Penemuan hubungan antara jisim dan tenaga oleh Albert Eistein telah membolehkan bom atom dicipta melalui Projek Manhattan pada tahun 1940an.

Sejarah perkembangan Sains Barat

Kajian sains barat bertujuan untuk memahami hukum-hukum yang menguasai alam tabie dan seterusnya menggunakan hukum-hukum tersebut untuk menghasilkan teknologi bagi kemudahan hidup manusia. Satu soalan yang tidak pernah ditanyai oleh sains barat ialah siapakah yang telah menciptakan hukum-hukum tersebut?

Soalan tersebut biasanya dijawab dengan menggunakan satu perkataan iaitu nature atau semulajadi. Sains bersifat objektif dan emperikal yakni sesuatu perkara hanya diterima sebagai benar jika dapat dibuktikan kebenarannya melalui eksperimen. Sains barat tidak mahu menjawab yang alam ini dijadikan oleh Tuhan. Ini adalah kerana sejarah awal kelahiran sains barat telah menyaksikan pertentangan sengit di antara ahli sains dan gereja.

Di antaranya ialah pertentangan di antara Galileo Galilie dengan gereja tentang apakah yang menjadi pusat alam. Gereja berpegang kepada teori geocentric ahli falsafah Yunani, Ptolemy yang mengatakan bumi adalah pusat alam. Matahari dan planet-planet yang lain beredar mengelilingi bumi. Gereja adalah wakil Tuhan di atas muka bumi ini dan pendapat gereja tentang geocentric ini dianggap sebagai kebenaran mutlak daripada Tuhan dan tidak boleh ditentang.

Pendapat ini telah ditentang oleh Galileo yang berpandangan heleocentrik yakni matahari adalah pusat alam. Bumi dan planet-planet yang lain beredar mengelilinginya. Galileo akhirnya ditangkap dan dipenjarakan. Ramai saintis lain yang dibunuh, disalib dan dibakar hidup-hidup. Ahli sains akhirnya memenangi pertarungan ini. Pengalaman pahit ditindas oleh ahli agama telah menyebabkan sains telah berkerat rotan dan berpatah arang dengan agama. Sains barat terus berkembang tanpa nilai dan agama.


Sains dan Al Quran

Pertentangan di antara agama dan sains tidak berlaku di dalam sejarah tamadun Islam, sebaliknya saintis Islam ketika itu telah menjadikan sains sebagai satu jalan untuk mengenal Allah SWT. Oleh itu, tidak hairanlah saintis Islam ketika itu adalah mereka yang telah menghafal Al Quran sejak daripada kecil dan terdiri daripada golongan ulama. Kebangkitan sains barat akhirnya telah menghasilkan senapang dan peralatan peperangan moden. Ini akhirnya menjadikan mereka sebagai kuasa yang menjajah dunia timur dan Islam.

Bersama dengan proses kolonialisme ini mereka telah membawa pemikiran dan budaya barat kepada generasi baru Islam di tanah-tanah jajahan mereka. Sains digunakan sebagai salah satu wahana untuk menyerapkan pemikiran dan budaya barat ini. Sains menyerapkan pemikiran alam ini terjadi secara nature, semulajadi.

Tidak ada yang menciptakannya. Kata-kata alam ini terjadi secara nature sebenarnya memberikan impak yang sangat besar kepada keimanan umat islam. Tanpa disedari kata-kata ini sebenarnya telah menutup satu pintu besar kepada manusia untuk mengenal Allah SWT. Ini adalah kerana Al Quran adalah kitab yang tertulis sedangkan alam adalah kitab yang terbuka untuk manusia mengenal Allah SWT. Pernyataan alam terjadi secara nature telah menutup kitab terbuka yang dapat dibaca oleh setiap manusia pada sebarang masa, tempat dan suasana.

Terdapat terlalu banyak ayat Al Quran yang menyeru dan menyuruh manusia untuk memerhati dan mengkaji alam tabie. Yang membezakan seruan Al Quran dengan sains barat ialah daripada aspek matlamat kajian terhadap alam tabie tersebut. Seruan Al Quran bermatlamat agar manusia dapat melihat kebesaran Allah SWT daripada alam yang telah diciptakan-Nya. Al Quran telah meletakkan mereka yang mengkaji alam tabie ini pada tahap yang tinggi dengan gelaran Ulul albab.

Firman Allah SWT yang bermaksud,
Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran kami) kepada ulil albab. Yakni mereka yang mengingati Allah di dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring seraya memikirkan tentang kejadian langit dan bumi. Mereka mengatakan, wahai Rabb kami sesungguhnya tidaklah engkau menjadikan ini dengan sia-sia belaka. Maha Suci Engkau, selamatkanlah kami daripada azab neraka. ( Surah Ali Imran : 190)

Ayat ini membuktikan kepada kita bahawa sains atau kajian terhadap alam tabie dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan manusia terhadap Rabb-Nya. Isaac Newton yang terkenal dengan hukum gerakan dan gravitinya pernah mengatakan,” Saya umpama pengutip kerang di tepi pantai dan saya bernasib baik kerana telah menemui beberapa kulit kerang yang cantik tetapi sebenarnya di dalam laut sana masih terdapat tersangat banyak kerang yang cantik.”

Kenyataan ini menginsafkan kita bahawa masih terdapat banyak rahsia atau hukum-hukum sains yang terdapat di dalam penciptaan bumi yang belum ditemui oleh manusia dan Allah menerangkan di dalam Al Quran bahawa kerang yang ditemui oleh Newton tersebut adalah tanda-tanda kebesaran-Nya. Sayangnya Newton tidak dapat melihat tanda-tanda kebesaran Allah daripada kerang yang telah ditemuinya.

Mengapakah Newton tidak dapat melihat tanda-tanda kebesaran tersebut? Ini adalah kerana objektif penyelidikan Newton hanyalah untuk memajukan teknologi tanpa ada hasrat untuk melihat kebesaran Tuhan. Keduanya, Newton tidak mempunyai ciri-ciri ulul albab. Ulul albab adalah gabungan di antara ciri ahli zikir dan ahli sains. Ahli zikir adalah mereka yang ingat kepada Allah pada setiap keadaan dan suasana seperti yang digambarkan oleh ayat di atas. Mereka yang mengingati Allah di dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring.

Ahli sains adalah mereka yang memerhati, mencerap dan mengkaji alam tabie. Gabungan di antara ingat kepada Allah dan mengkaji alam tabie telah membuahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, melahirkan golongan ulul albab. Ini dapat kita lihat daripada ungkapan golongan ulul albab yang memohon perlindungan kepada Allah SWT daripada azab api neraka.

Kesan Sains terhadap Keimanan

Umat Islam hari ini menghadapi masalah yang besar untuk meneruskan kelangsungan hidupnya kerana intipati kewujudan mereka yakni keimanan mereka kepada Allah telah tergugat dengan warna-warni kehidupan yang telah dihasilkan oleh perkembangan sains dan teknologi. Teknologi telah melonjakan industri muzik, perfileman, media massa dan pendidikan menjadi industri yang mendarah daging di dalam kehidupan manusia.

Gugatan terhadap keimanan umat berlaku apabila industri ini dalam bentuk yang menyukakan umat telah menitiskan fahaman ateisme, pergaulan bebas, kemewahan yang melampau, keseronokan dan kebebasan daripada ikatan agama ke dalam pemikiran dan hati mereka. Hasilnya masalah keruntuhan akhlak di kalangan umat islam seperti perzinaan umpamanya bukanlah feneomena yang berlaku di bandar sahaja tetapi telah menular ke kawasan kampung dan pedalaman.

Suatu masa dahulu keimanan umat pernah digugat dengan kemasukan pemikiran Yunani hasil daripada pemikiran tokoh-tokoh mereka seperti Socrates dan Plato tentang alam dan ketuhanan ke dalam tamadun Islam. Oleh itu para ulama telah menyusun sifat 20 di dalam ilmu tauhid bagi menjelaskan sifat ketuhanan yang benar yang ada pada Allah SWT. Masalah yang sama dengan wajah yang agak berbeza berlaku pada hari ini di mana sains barat yang menggunakan kaedah emperikal telah menafikan kewujudan Allah di dalam kehidupan manusia sedangkan apa yang mereka kaji adalah bukti-bukti (ayat-ayat) kebesaran Allah.
NASIHAT ORANG TUA-TUA MELAYU

Kita sering mendengar orang sesat di hutan.Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan".Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut
Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin.Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapi generasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi.Bagi memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan.Jauhkan membuang air kecil di dalam air
Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali
Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak.Mandi dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembiraboleh mendatangkan musibah yang tidak diduga.Bagi mengatasi musibah ini orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki di laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air
Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodoh.
Menerut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa terang, jangan sekali- kali melihat kemaluan isteri
Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat
Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor.bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat
Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan luntur
Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar
Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki


Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan
Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.



Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.



Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.



Kunyit mengurangkan rabun mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.



Perut masuk angin
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.



Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.



Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.



Rambut Ubat Kaki Pecah
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.



Jerawat
a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.
b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.



Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.



Melebatkan tumbuh rambut
Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.



Membuang tahi lalat hidup
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.



Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.



Menghilangkan kesan jerawat
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.



Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki
Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit.Selepas itu barulah tidur.



Daun petai cina ubat seri muka
Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.



Kudis buta
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.



Bulu ketiak
Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.



Cacar air
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.



Menghilangkan bekas kurap di badan
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.



Menghilangkan bau ketiak
Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.



Ubat panau
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.



Menghilangkan parut cacar air
Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.



Gatal-gatal malam
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.



Gatal-gatal pada kemaluan perempuan
Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut.



Gatal Kulit
Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.



Menghilangkan Bulu Ketiak
Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.



Sakit bahagian buah pinggang
Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.
Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.



Sakit siplis
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.
Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.



Bisa-bisa tulang
Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.



Lemah jantung dan darah tinggi
Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu.Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.



Kencing manis
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.
Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.



Demam kuning
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.



Penyakit kuning
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.



Demam Berdarah
a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera
b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut



Cara-cara mengurangkan demam
a.Beri pesakit minum air yang banyak
b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air

c.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal



Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
a.Beri minum air zam-zam dan lap badannya
b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah:

"Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu"

Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.



Pening Kepala
Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.



Ubat Kencing Batu
Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.



Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik
Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.



Sakit Kepala
Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.
i.Punca Dari Pakaian

Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan

ii.Punca Dari Cahaya

Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang

iii.Punca Dari Mata

Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala

iv.Punca Dari Penyakit

Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.

v.Punca Dari Kepala

Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala



Ubat sakit kepala
i.Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera.
atau

ii.Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.



Cirit-Birit
Ramuannya;bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya).Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut



Kencing Tidak Lawas
Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.



Menyembuhkan Luka
Ramuannya;Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu.



Menyembuhkan sakit gigi
Ramuannya;Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.



Untuk mendapat anak
Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut.



Jika terlekat tulang
Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan.Insya-allah,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.



Untuk mengubati penyakit batu karang
Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum.



Panawar racun dan sengatan binatang berbisa
Ramuannya;madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum.



Penawar jika dipatuk ular
Ramuannya;bawang putih dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.



Penawar gigitan anjing gila
Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.



Untuk merawati masalah batuk kering
Ramuannya;1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut.



Penawar sesak nafas
Ramuannya;madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.



Penyakit gagap
Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan.



Batuk Biasa
Ramuannya;bawang putih dan madu.Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.Campurkan ia bersama dengan madu dan makanlah ia 4 kali sehari.Setiap kali makanberatnya sebanyak 100gm untuk sekali makan.Amalkan selama 3-7 hari.



Benjol dan luka yang teruk
Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.



Mempercepatkan penumbuhan rambut
Ramuannya;darah kambing dan madu.Ambil darah kambing dan madu, campurkan semua kembali dan letak atas kepala.Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah dapat melembut serta memanjangnya sekali.



Mata berselaput
Bahan-bahannya;Buih laut dan madu.Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu,kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.



Penjagaan badan supaya sentiasa langsing
Ramuan;halia,telor ayam kampung dan madu.Halia hendaklah ditumbuk halus, kemudian bubuhkanlah air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya.Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itu mendap.Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah.



Pelembap muka
Ramuannya;kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar.Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu lebah.Basuhkanlah kulit muka dengan ramuan ini, insya-allah kulit muka akan menjadi lembab dan segar.



Membersihkan Muka
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.



Deman Selsema
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.


KHASIAT



Khasiat buah betik ubat sedu
Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara lagi ialah dengan mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari.



Kopi halia ubat kembung
Sediakan secawan kopi panas yang sudah ditaruh gula secukupnya.Halia pula dipotong nipis lalu dibakar, kemudian ditumbuk atau dihaluskan.Perah air halia ke dalam kopi dan tutup cawan kopi itu selama 15 minit supaya air halia itu sebati dengan air kopi.Minum air kopi masa masih panas-panas sedikit demi sedikit.Air ini juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang selalu terasa badannya sejuk,orang yang selalu pening dan tidak sedap badan.



Khasiat dari akar kayu sengugut
Ambil secekak akar kayu itu kemudian direbus di antara 2-3 jam.Selepas itu tapis air tersebut dan bila sudah sejuk diminum 3 gelas untuk 3 kali sehari.Amalkan selama 3-6 bulan dan anda akan beroleh cahaya mata.Insya-Allah.



Khasiat pucuk jambu
Bagi wanita-wanita yang hamil dan muntah-muntah cuba petua ini.Ambil beberapa tangkai pucuk jambu batu. Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk dengan sedikit garam.Bila sudah hancur atau lumat dicampurkan dengan segelas air suam, biarkan air itu hening.Lakukan amalan meminumnya selama 3 hari berturut-turut dan insya-allah anda tidak akan muntah-muntah lagi.



Khasiat daun pisang menghaluskan telapak tangan
Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulit ubi kentang.Sebabnya, ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan dicuci dengan air limau nipis.Hasilnya anda akan merasakan telapak tangan anda menjadi lembut.



Khasiat bunga raya masalah gugur rambut
Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau.Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.



Khasiat daun jarak
Ia mengubati penyakit perut kembung akibat masuk angin.Ambil daun ini 5-6 lembar.Panaskan di atas api hingga layu kemudian disapukan minyak kelapa dan terus ditempel pada perut dan pinggang anak anda.Supaya daun itu tidak jatuh, elok diikat dengan selendang.Insya-allah, penyakit itu akan sembuh dan anak anda akan dapat tidur lena kemudianya.



Khasiat dari akar kelapa
Untuk sakit kulit iaitu gatal celah jari kaki, celah kangkang dan sebagainya.Penyakit ini boleh diubati dengan akar kelapa terutamanya akar kelapa gading.Potong akar itu kira-kira 2 atau 3 inci lalu direbus.Air rebus itu diminum segelas setiap pagi selama 1 minggu.



Khasiat dari ubi jalar
Untuk luka akibat terkena benda tajam.Carilah sepertiga genggam ubi jalar atau ubi keledek dicuci bersih dan digiling halus.campur pula dengan sedikit air kapur sireh dan terus ditempelkan pada bahagian yang luka akibat terkena benda tajam tadi. Hasilnya luka itu akan kering dan terus sembuh.



Khasiat buah mentimun
Untuk wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat.Ambil buntut mentimum lalu parut sepanjang 3-4 inci.Ambil kunyit sebanyak 4 buku kira-kira sebesar ibu jari .Kunyit itu ditumbuk untuk diambil airnya.Kemudian air kunyit itu dicampurkan dalam mentimum yang sudah diparut itu.Kemudian sapukanlah ke muka tiap-tiap hari. Dengan izin allah, bintik-bintik hitam bekas jerawat itu akan hilang.



Khasiat buah betik ubat sedu
Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara lagi ialah dengan mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari.



Kopi halia ubat kembung
Sediakan secawan kopi panas yang sudah ditaruh gula secukupnya.Halia pula dipotong nipis lalu dibakar, kemudian ditumbuk atau dihaluskan.Perah air halia ke dalam kopi dan tutup cawan kopi itu selama 15 minit supaya air halia itu sebati dengan air kopi.Minum air kopi masa masih panas-panas sedikit demi sedikit.Air ini juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang selalu terasa badannya sejuk,orang yang selalu pening dan tidak sedap badan.



Khasiat dari akar kayu sengugut
Ambil secekak akar kayu itu kemudian direbus di antara 2-3 jam.Selepas itu tapis air tersebut dan bila sudah sejuk diminum 3 gelas untuk 3 kali sehari.Amalkan selama 3-6 bulan dan anda akan beroleh cahaya mata.Insya-Allah.



Khasiat pucuk jambu
Bagi wanita-wanita yang hamil dan muntah-muntah cuba petua ini.Ambil beberapa tangkai pucuk jambu batu. Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk dengan sedikit garam.Bila sudah hancur atau lumat dicampurkan dengan segelas air suam, biarkan air itu hening.Lakukan amalan meminumnya selama 3 hari berturut-turut dan insya-allah anda tidak akan muntah-muntah lagi.



Khasiat daun pisang menghaluskan telapak tangan
Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulit ubi kentang.Sebabnya, ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan dicuci dengan air limau nipis.Hasilnya anda akan merasakan telapak tangan anda menjadi lembut.



Khasiat bunga raya masalah gugur rambut
Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau.Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.



Khasiat daun jarak
Ia mengubati penyakit perut kembung akibat masuk angin.Ambil daun ini 5-6 lembar.Panaskan di atas api hingga layu kemudian disapukan minyak kelapa dan terus ditempel pada perut dan pinggang anak anda.Supaya daun itu tidak jatuh, elok diikat dengan selendang.Insya-allah, penyakit itu akan sembuh dan anak anda akan dapat tidur lena kemudianya.



Khasiat dari akar kelapa
Untuk sakit kulit iaitu gatal celah jari kaki, celah kangkang dan sebagainya.Penyakit ini boleh diubati dengan akar kelapa terutamanya akar kelapa gading.Potong akar itu kira-kira 2 atau 3 inci lalu direbus.Air rebus itu diminum segelas setiap pagi selama 1 minggu.



Khasiat dari ubi jalar
Untuk luka akibat terkena benda tajam.Carilah sepertiga genggam ubi jalar atau ubi keledek dicuci bersih dan digiling halus.campur pula dengan sedikit air kapur sireh dan terus ditempelkan pada bahagian yang luka akibat terkena benda tajam tadi. Hasilnya luka itu akan kering dan terus sembuh.



Khasiat buah mentimun
Untuk wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat.Ambil buntut mentimum lalu parut sepanjang 3-4 inci.Ambil kunyit sebanyak 4 buku kira-kira sebesar ibu jari .Kunyit itu ditumbuk untuk diambil airnya.Kemudian air kunyit itu dicampurkan dalam mentimum yang sudah diparut itu.Kemudian sapukanlah ke muka tiap-tiap hari. Dengan izin allah, bintik-bintik hitam bekas jerawat itu akan hilang.



Khasiat memakan belalang beras
Jika dimasak secara kukus, ia dapat mengubati penyakit susah hendak kencing seperti dedas.Ia juga dapat mengubati penyakit buasir.Jika dimakan yang belum bersayap dengan dibakarnya dapat menghilangkan bisa racun kala jengking.Jika sentiasa memakan belalang ini maka dapat menguruskan badan.