Subject: Cara Nak Atasi Pompuan Merajuk -TERHAD utk LELAKI SHJ
Tengah syok ngedate tiba awek korang
buat muka empat belas, muncung dier
dah panjang sejengkal, bijik mata dier
jeling sana jeling sini tapi tak pulak
pandang kat korang. Pendek kata awek
korang tu dah merajuk ler.. Tau ker
korang camner nak mengayat mood awek
korang kepada keadaan asal balik? Kalo
tak tau, korang baca ler tip kat bawah
neih..
SENYUM > sebelum merajuk mesti start
gadoh dulu kan? So, time dier tengah
marah tu korang buat selamber jer
senyum. Kalo boleh senyum tu biar
lebar sampai ke telinga pun takper.
Nescaya awek korang yang plan nak
merajuk tu tak sampai hati nak marah
atau merajuk ngan korang sebab kesian
tengok muka seposen korang tu.
BUAT LAWAK > Hah! Yang ni korang kena
tengok keadaan cuaca ataupun suhu dan
jenis awek korang tu dulu. Jangan main
rembat ajer. Tak pasal bertelur dahi
korang. Kalau menjadi, silap awek
korang yang merajuk tu terkekeh ketawa
dek kelakar ngan lawak korang tu.
BELI HADIAH > Buat korang yang
berkemampuan boleh ler cuba tip ni.
Korang beli ler hadiah yang diidam kan
oleh awek korang yang tengah merajuk
tu. Kompem terus tersengeh dier bila
tengok korang hadiahkan dier BMW 7
series. Ahaks!
HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS > Ops! Jenis
ni, korang kena buat bodoh dulu time
dier tengah merajuk. Agak dier dah
cool sikit, korang ambik enpon dan
hantar la mesej untuk mintak maaf.
Lagi bagus kalau korang selitkan lawak
jenaka dalam sms/mms/voice sms korang
tu.
BUAT BODOH > Kalo korang berani ambik
risiko ditinggalkan, korang boleh ler
try tip ni. Bila awek korang tu marah,
korang buat bodoh, bila awek korang tu
merajuk, korang tetap buat bodoh.
Kompem awek korang tu fed up dan terus
ok sebab takder sapa nak layan kerenah
dier. Heheh!
MERAJUK BALIK > Tip ni paling berkesan
dalam memujuk awek yang suka merajuk.
Nak tau sebab apa? Sebab bila korang
pulak merajuk dah tentu ler dier pulak
kena pujuk korang.. Tapi kalo dier
pulak pakai tip buat bodoh kat atas
ni, haku tak bertanggungjawab
Thursday, June 28, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment